Tuesday, June 5, 2012

Penguat dan Nyawa

05 June 2012

Hari kedua bie dekat Shah Alam . Rindu dekat bie sangat . Hari ni sayang jalan sorang-sorang . Mengalir atas motor sorang-sorang . Dalam hati inikah cinta ? Aku harap ianya selamanya . Amin . Hari ni nad nak cerita tentang hati nad . Nad taknak hilang 2 insan dalam hidup nad . Nad taknak berpisah jauh dengan insan ni . Terutama mama . Nad taknak berpisah dengan dia . Nad taknak hilang dia . Nad nak mandikan jenazah dia nanti , sembahyangkan dia . Nad nak jaga dia sampai bila-bila . Tu janji Nad . Orang yang boleh terima nad , orang yang boleh terima mama juga . Itu je .

Mama , walaupun ma bukan melahirkan nad tapi ma membesarkan nad . Apa nad nak ma sanggup tunaikan . Stick hockey habis beratus ringgit jugak dah lah 4 batang dah ada , dengan lens lagi RM600 , Makan minum , baju apa semua . Berapa ribu dah ma habiskan dekat nad . Terima kasih ma . Ma , tahun 2011 nad rela mati janji ma selamat . Alhamdulillah kita selamat even something bad berlaku . Nad lakukan semuanya untuk ma . Nad sayang ma . Ma , maafkan nad sebab nad bukan anak yang terbaik . Walaupun nad anak angkat tapi nad tak pernah anggap ma macam mak angkat sebab dalam hidup nad selama 17tahun hanya ma yang membesarkan nad . Ma yang tabah apabila keluarga lontarkan pelbagai kata-kata tentang nad sebab nad anak angkat . Nad tak pernah nak harta ma , Nad boleh cari harta sendiri . Nad cuma nak kasih sayang .

Ma , sebenarnya nad tak tahu nak cakap macam mana dengan ma . Nad hanya mampu luahkan dekat sini je . Nad rasa nad seorang anak angkat yang paling di lontar jauh-jauh dalam keluarga . Tapi apa nad peduli , nad anak ma . Bukan dorang jaga ma , ma sakit ma demam apa semua bukan dorang tapi nad yang ada . Nad dengan along tahu dalam keluarga ni . Nad akui nad memang tak suka pergi kenduri family sebab nad terasa terasing sangat-sangat . Nad rasa macam orang asing tapi hakikat memang orang asing . Kalau nad join dorang semua cakap macam nad takde perasaan . Nad pergi kenduri pun sebab nad nak jaga perasaan ma . Ma , ma segalanya buat nad . Ma yang utama . Ma , tak mungkin nad mampu untuk nad berpisah dengan ma . Nad takot untuk lakukan sesuatu kerana orang sentiasa salahkan nad . Masa tahun lepas semua salahkan nad sedangkan nad tak nak benda tu berlaku . Dorang buat fitnah tapi nad redha . Nad cuba kuatkan diri . Nad tak bersalah tapi kenapa nad nak malu .

Nad nak jadi kuat tapi nad tak mampu sebenarnya . Nad lemah sangat ma , Nad nak tegakkan kebenaran nad . Ma , maafkan nad . Mungkin bagi ma nad ni anak yang membawa malang dalam ahli keluarga tapi dorang semua tak tahu hal sebenar sebab dalam hidup nad , nad cuma pendam , apa nad rasa , apa nad lalui , semua orang tak tahu . Semua orang suka cakap tanpa soal selidik . Nad tau batas nad . Nad tahu apaa nad buat tapi semua fitnah nad . Nad tak berani nak berkata-kata sebab nad taknak dikata biadap . Nad tak pernah tipu ma tapi kenapa dorang kata nad tipu ma ? Ma , nad cuma mahu kasih sayang seorang ibu . Nad taknak pape pun . Ikut hati nad , nad nak bawak ma lari jauh2 biar nad jaga ma sorang . Biar semua orang tak jumpa . Nad taknak harta apa-apa semua . Nad ni dah tak sanggup untuk terus hidup di atas muka bumi sebab mereka sering memberi tekanan dekat nad . Nad tak kuat dah . Nad sering dilayan seperti orang asing sedangkan nad keluarga angkat mereka juga . Anak angkat ni hina ke ? Tak kan ? Nad dah tak sanggup sebenarnya untuk dengar cemuhan yang tidak benar tentang nad . Nad ni bukan pekak , kenapa dorang nasihat nad mcam nad seorang banduan ? Nad tahu diri nad .

Orang tak pernah tahu masalah nad sebab nad tak tahu nak cerita kat siapa . Keluarga ? Dorang lain . Nad cuma mampu cerita masalah nad dekat kawan-kawan nad . Dorang kata dorang paham perasaan Nad ! Apa yang dorang paham ! Dorang sikit tak pernah rasa macma mana kat tempat nad ! Tak pernah ! Yang tahu hanya kawan-kawan nad . Nad rasa terasing pun dorang peduli apa ? Nad menangis , nad merajuk atau apa , dorang perduli apa ! Dorang tak pernah jaga hati nad . Apa nad buaat semua salah . Apa yang betul ? Nad masuk photography dorang bising ! Nad main hoki kata macam jantan . Apa lagi dorang nak ? Dorang dah hancurkan cita-cita nad . Kalau nad di sekolah sukan mustahil semua perkara itu berlaku ! Mustahil ! Dorang kata nad malukan keluarga sedangkan nad tak pernah nak benda tu berlaku ! Jika nad hina sangat jangan pernah tegur nad ! Nad dah cukup seksa dengan layanan dan tuduhan serta fitnah macam ni :'(

Alhamdulillah hadirnya Faizal dalam hidup nad , nad mampu untuk terus hidup . Dia dengar masalah nad . dia beri pendapat . Dia penguat dalam hidup nad . Nad dah pernah rasa putus asa dalam hidup tapi nad tahu Allah uji umatnya sama dengan tahap umatnya . Faizal seorang insan yang membuat nad tersenyum , tempat nad bermanja , tempat nad luahkan perasaan . Nad taknak orang rampas dia dalam hidup nad . Nad  tak mampu dah nak lalui kehidupan ni tanpa dia. Nad berani kenalkan dia dengan family sebab nad nak dia je . Nad serius dalam hubungan nad . Bagi nad faizal seorang insan yang membawa cahaya kebahagian kepada nad . Nad tak pernah sedih , tekanan dah adanya dia dalam hidup nad . Nad bahagia dengan dia . Nad sayang dia . Nad cintakan dia . Dia boleh jaga perasaan Nad . Dia boleh memberi Nad semangat . Faizal segalanya buat Nad . Nad jujur dan ikhlas dalam hubungan Nad

Nad tak mampu hilang ma dengan Faizal . Jika nad hilang ma , orang akan tuduh nad , Nad ni ada otak , ada akal tapi dorang tak pernah fikir nad ni macam mana . Kalau nad hilang faizal mungkin hari-hari nad sama seperti dulu . Hanya airmata yang mengalir . Hanya air mata dan kesepian yang akan nad alami . Nad tak pernah sayang orang macam ni . Tak pernah cintakan orang macam ni . Nad sayang ma , Nad sayang Faizal . Tolong jangan pergi jauh dari nad . Nad tak sanggup untuk menangis lagi . Tak  sanggup lalui hari-hari nad dengan kesedihan . Nad cuma ada Ma dan Faizal dalam hidup ni walaupun ada ibu dan abah . Ma dengan Faizal orang yang paling hampir dan rapat dengan Nad . Korang nyawa Nad . Nad cintakan Faizal sampai Nad mati . Nad cintakan ma , sayangkan ma , ma permata hati nad . Faizal , saya nak jadi isteri awak di syurga nanti . Saya nak jadi isteri awak Faizal . Saya nak jadi yang terbaik untuk Faizal dan Ma . Ma , nad janji akan jaga ma sampai nafas terakhir nad . Nad janji . I love you Dalimah dan Faizal :')

No comments:

Post a Comment