PEMAIN hoki negara, Mohd Razie Abdul Rahim (kanan) cuba merebut bola daripada pemain Australia di Ipoh, semalam. (04mei2010)
Stephen nama pemain galas cabaran ke Piala Sultan Azlan
AZREEN Rizal Nasir dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin mendapat kepercayaan ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen ketika menamakan skuad tuan rumah ke Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-19 bermula di Ipoh, esok.Nama dua pemain itu berada dalam senarai terakhir diumumkan Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Hashim Mohamed Yusof, semalam.

Turut terpilih ialah Tajol Rosli Mohamad yang membuat kemunculan semula ke dalam skuad kebangsaan selepas menyepi lima tahun.
Pemain lain terpilih ialah S Kumar, Kairulnizam Ibrahim, Muhammad Razie Abd Rahim, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor Muhamad Amin Rahim, Baljit Singh, Jivan Mohan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Nabil Fiqri Mohd Nor, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Tengku Ahmad Tajudin, Faisal Saari, Hafifihafiz Hanafi dan Azlan Misron.
Sementara itu Stephen berkata pasukannya kali ini terdiri daripada gabungan pemain lama dan tenaga pemain muda. “Seperti yang ada dapat lihat kita menggandingkan pengalaman dan tenaga pemain muda bagi menghadapi cabaran dalam kejohanan ini,” katanya selepas menyaksikan skuad negara tewas kepada Australia 4-1 dalam perlawanan persahabatan.

No comments:
Post a Comment