PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menjaringkan gol sulung ketika menentang Pakistan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, di Ipoh, malam tadi.06mei2010
Sikap leka benarkan Pakistan jaring gol pada minit terakhir untuk seri 3-3
JURULATIH skuad negara, Stephen Van Huizen jelas kecewa apabila anak buahnya membenarkan Pakistan menjaringkan gol pada minit terakhir permainan untuk memaksa keputusan seri 3-3 dalam saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, Edisi ke-19 di Ipoh, malam tadi.Dalam perlawanan yang turut disaksikan Sultan Azlan Shah, pemain negara bermain cemerlang untuk mendahului 3-1 pada satu ketika tetapi faktor mudah leka seperti lazimnya membuat mereka terpaksa menggigit jari.

“Sungguh mengecewakan apabila lawan menjaringkan gol di saat akhir. Ini gejala yang perlu dielak.
“Saya berharap ini menjadi pengajaran berguna kepada pemain terutama untuk pertemuan dengan Korea Selatan, esok (malamini),” kata Stephen selepas perlawanan.
Malaysia tampak menuju mencatat kemenangan tetapi pemain Pakistan, Muhammad Zubair ternyata mempunyai idea berlainan apabila menyambut hantaran lintang dari sebelah kiri untuk menumpaskan penjaga gol tuan rumah, S Kumar.
Malaysia mendahului 3-1 selepas jaringan Muhammad Amin Rahim dan Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-50. Namun, Pakistan merapatkan jurang melalui Muhammad Irfan pada minit ke-56.
Sebelum itu, Hafifi menyamakan kedudukan pada minit ke-19 untuk memadam kelebihan lawan yang menjaringkan gol seawal minit keempat melalui Shafqat Rasool.
Dalam perlawanan lain, India menyumbat gol pada minit terakhir untuk seri 1-1 ketika menentang China manakala juara Asia membelasah wakil Afrika, Mesir 6-0.

No comments:
Post a Comment