PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Mesir 5-0 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-19 di Ipoh, malam tadi. 10mei2010
India, Korea Selatan cerah peluang buru dua tempat teratas untuk ke final
TUAN rumah, Malaysia membelasah Mesir 5-0 untuk merakam kemenangan pertama dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-19 di Ipoh, malam tadi.

Berbekal kejayaan bermakna itu, skuad negara pimpinan Stephen Van Huizen kini melonjak ke tangga keempat mengutip lima mata untuk mengatasi Pakistan yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.
Begitupun kejayaan tidak mudah buat pasukan negara apabila diberi tentangan sengit oleh Mesir yang turun segar selepas berehat selama dua hari berbanding pemain negara yang terbabit dalam perlawanan sengit menentang Australia, malam kelmarin.
Walaupun tidak beraksi cemerlang tetapi persembahan anak buah Van Huizen mencukupi untuk menghampakan impian juara Afrika itu mengutip sebarang mata untuk terus berada di tangga tercorot.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia mengambil masa agak lama untuk memecah kubu lawan melalui jaringan Azlan Misron pada minit ke-24 diikuti Faizal Shaari pada minit ke-33.
Babak kedua menyaksikan tuan rumah menambah tiga lagi gol melalui Muhamad Amin Rahim (40), Azlan (41) dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (56).
Sementara itu, juara bertahan, India dan Korea Selatan mencerahkan peluang memburu dua tempat teratas untuk ke final apabila menumpaskan lawan masing-masing.
India menghadiahkan kekalahan pertama kepada Australia dengan kemenangan 4-3 selepas mendahului 3-0 pada babak pertama manakala Korea Selatan terbabit dalam pesta jaringan lapan gol dengan China yang berkesudahan juara Asia itu menang 5-3.

No comments:
Post a Comment