Friday, May 7, 2010

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke - 19

KAPTEN Malaysia, Madzli Ikmar Mohd Nor mengawal bola daripada pemain Korea Selatan di Ipoh, malam tadi. (07mei2010)


ndia belasah Pakistan, Australia rakam kemenangan pertama

TUAN rumah, Malaysia mengekalkan rentak cemerlangnya dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke -19 apabila seri 1-1 dengan Korea Selatan di Ipoh, semalam.
Selepas mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pertama, jaringan anak tempatan, Azlan Misron pada minit ke-50 menyaksikan tuan rumah mengikat lawan yang memiliki reputasi tinggi kerana berada pada ranking ke-6 dunia itu.

Dengan sokongan padu lebih 3,000 penyokong, anak buah Stephen Van Huizen menyerbu garang sebaik wisel permulaan tetapi Korea lebih mengejutkan apabila Oh Dae Keun menyempurnakan bola yang melantun daripada tampanan penjaga gol S Kumar pada minit ke-15.

Jaringan itu tidak melemahkan semangat anak buah Van Huizen yang bangkit mencari gol penyamaan dan kesungguhan pemain negara membuahkan ganjaran apabila Azlan menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Dalam perlawanan awal, juara bertahan, India mempamer kehebatan apabila membenam Pakistan 4-2 manakala juara dunia Australia, mudah mengatasi Mesir 4-0.

Pertembungan musuh tradisi India-Pakistan yang masing-masing seri dalam perlawanan pertama kelmarin, berlangsung sengit tetapi kesungguhan India berhasil dengan gol pertama Sardar Singh dari pukulan sudut penalti pada minit ke-26.
Pakistan memadam kelebihan itu menerusi ketua pasukan, Imran Khan pada minit ke-37 tetapi tiga gol dalam tempoh sembilan minit oleh Mandip Antil (47), Gurbaj Singh (53)dan Tushar Khandker (56) memastikan kemenangan walaupun Kashif Ali merapatkan jurang pada minit ke-66.

No comments:

Post a Comment