Panasnya badan hari ni. Ya Allah , jangan lah demam sebab banyak lagi urusan yang aku perlu selesaikan . Malam ni hujan . Secara automatik dada sakit gila . Agrhh , tolong penyakit lama pergi jauh-jauh , aku taknak dia risaukan aku . Kesian dekat dia risaukan aku . Dia paksa-paksa aku pergi check . Ye bie , nanti sayang pergi check ye . Aku tak sanggup ingkar kata dia dan mama sebab aku nak berlatih patuh pada seorang lelaki kerana aku nak dia jadi husband aku . Bukan sebab aku bodoh tapi sebab aku tak sanggup nak lawan cakap husband after kahwin .
Malam ni aku rasa makin rindu dekat dia . Lagi 2 hari je dia dekat Bentong , lepas ni dia ke Shah Alam . Aku kena redha sebab dia kata dia nak pergi cari duit untuk masa depan aku juga . Dia janji dia takkan curang sebab dia kata dia dah jumpa yang terbaik . Alhamdulillah jika dia berjanji tapi aku mahu dia tunaikan . Aku akan setia menunggu kau . Aku pun start tahun depan aku akan start kumpul duit dan start fikir kehidupan . Aku dah sedia untuk menempuh semua nya . Memang aku ikut jejak parents aku kahwin awal kot . Jodoh itu rahsia Allah . Ya Allah kalau betul dia milik aku , kau kekalkan hubungan aku dan dia hingga ke akhir hayat . Amin
Aku akui memang aku sayang dia sepenuh hati aku . Ye , aku cintakan dia . Aku bukan sekadar ungkap tapi hakikat . Ianya dari hati aku sendiri . Dalam hati aku cuma ada dia . Aku berubah semua , aku dulu seorang yang kasar tapi sekarang aku berubah aku nak jadi perempuan . Dulu aku memang kasar , takde ciri-ciri lansung nak berubah jadi perempuan tapi bila fikir balik sampai bila . Aku berubah sebab aku nak jadi yang terbaik untuk future husband jugak bukan untuk orang lain . Sampai bila nak kasar ? Kan ? :)
Ada perasaan yang tak mampu aku ungkapkan dan cerita . Apa yang aku tahu , aku cuma sayang dan cintakan dia je . Maafkan aku sebab aku pernah tolak orang yang pernah nak serius dalam hubungan dengan aku . Aku minta maaf sebab aku tak mencari pakwe tapi aku cari pasangan aku yang terakhir . Aku cari yang terakhir dalam hidup aku sebab aku taknak sakit lagi dalam bercinta cukup lah dulu orang buat hati aku macam kaca yang boleh dihempas begitu sahaja .
Aku taknak apa-apa dari dia , aku taknak harta tapi aku cuma nak perasaan cinta , kasih sayang , dan kejujuran dari dia . Aku harap dia hargai aku . Sebab aku tak pernah berharap sampai macam ni sekali . Sekali pun aku tak pernah sebab kali ni aku yakin dia milik aku . Aku selalu berdoa pada Allah agar permudahkan urusan kami . Aku nak kehangatan cinta yang sekarang kekal hingga ke akhir hayat . Dia pernah kata dekat aku dia nak aku yang berada disisi dia semasa di atas pelamin bukan orang lain . Ya Allah , sesungguhnya aku rela tunggu dia sehingga dia mampu untuk peristerikan aku . Aku janji aku akan buat dia bahagia . Aku taknak air mata dia mengalir . Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang mengalir air mata .
Ada video yang buat aku rasa hormat dengan orang yang aku sayang . Aku nak jadi isteri kau disana nanti bukan hanya di atas muka bumi . Bila kita marah suami kita nanti , isteri/bidadari di syurga tu sumpah seranah kita . Aku taknak macam tu , aku nak dia pandang aku hormat dan taat pada suami . Aku dah cuba jadi yang terbaik untuk kau bie . Aku janji akan setia , patuh , sayang dan cintakan kau sampai kau perlukan aku bie . Aku nak kau hingga akhir hayat aku . Tu je , aku nak kau hingga akhir hayat aku . Tiap-tiap aku tulis blog ni sebab aku rindukan kau , aku nak kau tahu isi hati aku walaupun ianya sama .
Faizal , Nad sayang Faizal tau , Nad tak mampu untuk beri hati Nad kepada 2 orang kerana hati Nad cuma ada 1 , dalam hati Nad cuma ada nama Faizal . Hati Nad cuma ada Faizal . Dalam hati Nad ada satu perasaan yang tak dapat nak di beritahu dan ditulis tapi ianya mendalam . Jika Faizal tak hargai , hati Nad akan rasa sakit . Bila Nad sakit dada ianya sebab Nad rindu Faizal . Hati Nad nak sampaikan sesuatu yang Nad sendiri tak tahu . Yang Nad tahu Nad cuma CINTAkan Faizal . Memang orang kata cinta monyet tapi bagi Nad , Nad serius dengan Faizal . Moga Allah permudahkan urusan kita . Semoga Nad dan Faizal akan bersatu hingga ke akhir hayat . Aminn . IloveyouFaizal
No comments:
Post a Comment