Tuesday, June 19, 2012

KEJUTAN daripada SI DIA

19June2012

Hari ni , hari yang ke 17 tak berjumpa dengan encik hubby saya . Saya rindu dia sangat-sangat . Malam tadi dia kata kejap tapi kejap dia takde sms lansung . Merajuk sangat-sangat terus pagi pergi sekolah tak msg dia . Bila kat sekolah memang diam je . Tak banyak bunyi pun . Lagipun puasa kan . Main conteng kat atas meja dan lukis gambar cartoon , nak lukis sepasang couple tapi takde seni nak lukis gambar lelaki so perempuan je . Hee . Serius rindu gila kat bie sebab lama sangat tak jumpa . Hari ni rasa memang malas tahap gaban nak pergi sekolah tapi pergi je lah . Tapi sebelum sekolah tu sayang dengar banyak kali lagu Bila Rindu - Ruffedge sebab bie kata bila rindu sayang dengar lagu tu :')

Masa kat sekolah Wan Nur Sabrina tanya lukis Faizal ke tu ? Nad hanya mampu hehehe . Tak lah . Dalam hati kalau boleh nak tulis besar-besar nama Faizal . Hee . Pas tu banyak diam je . Rindu sangat-sangat dan rasa kenapa lah balik lambat hari ni ! Kenapa lah lambat sangat 1.50 hari ni . Haduii , sabar je lah . Dah la takde mood nak study , lepas tu time dapat balik gila happy sangat-sangat sebab macam terlepas dari penjara . Hahahaha . Bawak motor macam biasa , hantar partner aku balik , then nak balik rumah aku nampak kereta kancil sama macam ayah dia punya , secara automatik dalam hati kata ' rindunya aku kat dia , aku sayang dia , aku nak jumpa dia , aku nak tatap muka dia , nak tengok puas-puas gelak tawa dia , nak dia bahagia disisi aku . Bila lah dapat jumpa ni .' Hanya mampu bersabar je lah.

Then bawak motor , lap punya lap nak masuk lorong rumah tu , aku stop dari atas / brek mengejut . Berkata sorang-sorang , biar betul apa aku nampak ni , ni Viva kak long , kenapa dekat rumah aku ? Mustahil dia balik , dia mesti bagitahu aku . Biar betul ni aku jumpa dia hari ni . Bawak motor slow je dari atas sampai depan rumah . Masa atas motor , cari seliper dan dia dalam rumah , tapi takde tapi aku nampak beg dia tu . Nad dah gelak-gelak kat depan rumah , ma siap cakap mana ada pakwe awak dekat rumah ni . Dalam hati mesti ada lah , naluri aku kuat . Hahaha . Then tak sempat masuk , bie keluar sambil ketuk guna bantal garfield , rasa nak peluk , nangis , gembira semua ada sebab lama gila tak jumpa sebab aku rindu sangat-sangat dekat dia . Perkara first nad buat kat dia adalah tampar bahu dia . Hee . Dah normal . Heehe . Serius terkejut , sebab orang yang kita nanti hari-hari , rindu , sayang , cinta dapat jumpa setelah sekian lama tak jumpa tanpa rancang . hehe

Lepas tu , duk dalam rumah masih senyum sorang-sorang , sampai bie tegur banyak kali . Heee . Siyes rasa macam mimpi yang tak sangka . Dia berjaya sebab melakukan suprise macam ni . Hee . Betul-betul buat nad happy . Nad rindu semuanya tentang dia . Mama masak masakan kegemaran dia , kari ayam dan sambal cili kegemaran dia . Dia makan dan secara automatik aku pun berbuka . Heheh . Makan dengan dia dan mama . After lunch terus pergi mandi sebab nak keluar dengan dia . hehe . After mandi bawak turun gambar kami yang nad buat khas untuk dia dan nad . Gambar kami bersama sepanjang keluar bersama . heheh . Gambar tu semua comel-comel dan cantik-cantik . hehehe . Lepas tu siap-siap terus keluar jalan-jalan .

Planning nak pergi ke Chamang Dam tempat 2nd date kami . Situ banyak kenangan kami . Tapi ramai pulak pak askar terus kami patah balik . Hee . Then kami jalan-jalan . Amik Shikin nak beli barang berbuka . Lepas tu , beli barang makan sama-sama dengan bie . Selepas itu , hantar Shikin balik dan terus pergi ke kedai RM2 kat batu satu , beli barang keperluan dia . Nad pulak terasa nak sangat gula-gula FOXS CRYSTAL CLEAR . Sanggup tunang nad carikan untuk nad . Terima kasih bie , dari 7 E , ke TF then ke The Store . Bie sanggup teman even bie penat sangat-sangat kan ? Terima kasih tunang sayang .

Kita keluar sampai pukul8 kan ? Lepas tu terus balik rumah , bie lepak kat rumah jugak kan . Kesian dekat bie kepenatan . Nak menipu tapi tak sanggup lama-lama sebab tu terus datang rumah . Bie kata bie balik sebab bie rindu sayang . Hee . Sayang lagi rindu bie . Bie tak putus-putus kata bie sayangkan sayang , rindukan sayang , taknak orang lain ,hanya sayang dihati bie . Bie , sayang takkan tinggalkan bie selagi bie perlukan sayang dalam hidup bie tapi bie kena ingat kerana sayang perlukan bie dlam setiap nafas sayang . Sayang rindu bie sangat-sangat tau ?  Sayang cintakan bie tau ? Sayang tak nak orang lain dah dalam hidup sayang .

Terima kasih kat mak dan abah bagi telur puyuh dan jeruk . Rindu sambal telur puyuh mak :( terima kasih mak dengan abah sebab bagi nad kawan dengan anak bujang tunggal mak dengan abah nie . Nad janji tak kecewe kan dia dan seluruh keluarga . Nad mahu dia jadi yang terakhir dalam hidup nad . Dia amat penting dalam hidup Nad .

Malam ni , bie kiss dahi sayang , bie tak lekang kiss dahi sayang hari ni . Sayang rindu setiap detik kita bersama . Sayang rindu semuanya . Sayang takkan lupakan kenangan kita . Malam ni jugak sayang bagi bie baju Harimau Malaya Limited Edition dari Pecah Kepala .Nanti kita pakai sama-sama ye . Bie segalanya buat sayang tau ? Bie tunang sayang . Sayang taknak orang lain . Sayang janji jaga hubungan kita ini . Terima kasih layan kerenah sayang . Terima kasih faham sayang , terima kasih segalanya kerana terima kelemahan sayang . Bie segalanya buat sayang . Mak , abah dan mama boleh terima hubungan kita , Sayang bahagia sangat-sangat . Sayang janji takkan hampakan semua sekali , sayang akan bahagia kan semua orang terutama orang yang akan bersama sayang . Susah senang kita bersama . Sayang sentiasa ada dengan bie . Sayang janji tak fikir bukan-bukan dah lepas ni . Janji ! Love you so much bie . Sayang nak bie jadi yang terakhir dan taknak orang lain dalam hidup sayang dah . Lot of love .

Janji akan harungi segalanya bersama dengan bie , Janji akan jadi yang terbaik untuk bie , Janji akan menjaga hati bie . Janji akan setia pada bie dan Janji takkan selingkuh dalam hubungan kita.

Faizal Mamat , Izzati Nadzirah binti Jasmi hanya mempunyai dirimu sebagai penguat untuk teruskan hidup ini selepas menghadapi pelbagai cabaran hidup . I love you so much Faizal Mamat . Cuma dirimu dalam hati ini . Hanya dirimu yang mampu untuk membuat aku tersenyum dan bahagia . Tanpa dirimu mungkin kehidupan aku penuhi dengan trauma tanpa kekuatan insan disisi . Hanya bie dalam hati . Sayang janji akan belajar rajin-rajin , beli kereta besar , kita jaga parents kita sama-sama . Sayang janji takkan terasa dengan bie apabila bie lebihkan mak dalam hidup bie kerana itu tanggungjawab bie . Sayang tunggu hari bahagia kita . Sayang cintakan bie sangat-sangat . Iloveyousomuch Faizal bin Mamat 

bila rindu hanya lagu ini menemani diri ini serta baju dan bantal peluk . Hanya dirimu dalam hatiku Faizal .


No comments:

Post a Comment