Monday, July 2, 2012

Love and Friendship

2 Julai 2012

11 hari :')

Hari ni seharian dengan sahabat baik aku . Nur Ashikin . Aku tak tahu macam mana boleh tetiba topik ni keluar . Aku kata kat dia aku lakukan semua ni demi Faizal . Rupanya ramai perasan aku berubah demi Faizal . Dulu aku taknak pakai heels , dulu aku taknak macam perempuan ni . Sekarang everything change . Betul tu aku berubah setelah aku bersama dia . Satu-satunya insan yang hadir dalam hidup aku . Aku sayang Faizal sebab tu aku berubah kearah keperempuanan . Aku akan sentiasa menjadi yang terbaik dalam hidup dia . Aminn.

Apa yang aku harap satu hari nanti jika jodoh aku berpanjangan aku harap aku dapat jadi isteri dia yang sah dan dapat hembuskan nafas terakhir disisi dia . Aku cuma mahukan dia selamanya dan sepanjangan hidup aku . Aku bukan yang pertama tapi aku sentiasa mengharapkan aku yang terakhir dalam hidup dia . Mungkin orang kata cinta monyet tapi pengalaman mengajar aku . Apa yang aku nak sekarang aku nak dia . Apa yang aku buat dalam hidup aku adalah untuk kebaikan aku dan dia .

Mama sayang awak tau . Mama kata kalau Faizal tak bagi , mama pun tak bagi . Faizal di mata mama sekarang . Alhamdulillah . Abah dan Ibu , doakan anak sulungmu ini . Anak sulungmu ini cuma ada satu hati dan menyintai sorang sahaja dalam hidup ini . Hampir seluruh keluarga kenal awak . Saya harap kita selamanya .

Saya cuma ada awak seorang even saya ada sahabat baik . Awak tahu kenapa saya utamakan awak dari sahabat saya ? Sebab saya nak jaga hati awak , hati awak penting bagi saya . Kalau sekarang saya tak mampu jaga hati awak macam mana jika hubungan kita seterusnya . Saya sentiasa fikir macam tu sebab saya tak pernah fikir hubungan kita hanya sekarang sebab saya cuma mahu hingga akhirnya . Saya sayang awak dari hati . Saya tak pernah berahsia dengan awak tau . Saya taknak ada rahsia dengan awak .

Setiap kali saya tidur, bantal dan baju awak takkan berjauhan dengan saya . Itu pengubat rindu saya ketika berjauhan dengan awak . Awak , saya sekarang belajar berjauhan dengan awak sebab satu hari nanti kita akan berjauhan selama-lamanya . Awak , awak insan yang pernah singgah dalam hati saya dan awak membuka pintu hati saya untuk awak . Awak tahu kenapa saya tak pernah bukak pintu hati saya untuk sesiapa ? Sebab saya cuma mahu bukak pintu hati saya untuk orang yang boleh jaga saya hingga akhir hayat saya . Saya harap awak seorang sahaja sebab saya tak mampu untuk menerima orang lain dalam hidup saya .
Nur Ashikin dan Faizal , korang kena tahu bahawa nad sayang korang dua sangat-sangat . Sayang sangat-sangat sebab korang ada jasa pada nad . Nad mungkin takkan sekuat ini tanpa korang berdua . Korang dah jadi sebahagian hidup Nad . Nad harap akan dapat menjaga hati korang hingga akhir hayat Nad . Nad utamakan korang dua sama seperti Nad utamakan mama . 3 insan yang cukup penting dalam hidup mama , bie dan sahabat . Nad harap dapat hembuskan nafas terakhir disisi orang yang tersayang .

Ashikin aku harap kau setia dan tak tikam aku dari belakang . walaupun kita bergeng berempat dengan Fatin dan Dayana tapi aku sangat sayangkan kau . Aku lebih manja dan utamakan kau sebab aku tak mampu membalas budi baik kau masa malam tu . Aku kalau boleh nak kau teman aku seharian masa tu sebab aku tak sanggup untuk bersama keluarga sebab mereka tak faham dan tak kenal aku macam mana . Fatin dan Dayana pun aku sayang tapi tak bermakna mereka tak penting dalam hidup aku . Kita sahabat selamanya . Aku sayang korang sangat-sangat :')

Faizal , bie sayang akan sentiasa bersama bie tak kira susah atau senang . Sayang sentiasa support bie . Bie , sayang akan lakukan apa yang membuat bie bahagia even menyakitkan hati sayang . Sayang sanggup . Bie , sayang sanggup berjaga hingga lewat malam semata-mata nak dengar suara bie dan bersama bie walaupun seketika . Ada juga masa sayang rasa penat sangat-sangat tapi sayang kena bangun sebab sayang nak sentiasa ada dengan bie . Sayang study masa bie kerja dan masa sayang tunggu bie contact sayang . Sayang akan lakukan semua dengan terbaik . InsyaAllah . Moga Allah kekalkan hubungan ini hingga ke akhirnya .

Hanya kau yang aku sayang dan cinta . Setiap kali aku berkata-kata dengan mu , aku sentiasa hargai setiap kata-katamu itu ibarat berlian . Hanya kau dihati aku Faizal bin Mamat . Semoga hubungan kita ini mendapat redha Ilahi dan kedua belah pihak keluarga . Amin . I forget the past because I found you in my life . I wish I can be your wife in one second . Amin

No comments:

Post a Comment