Saturday, December 21, 2013

Hati

Awak,

Hee, lama tak meng-update diari dan isi hati sedangkan banyak benda nak luah tapi banyak luah pada buku. Macam macam terbuku. Heeee.

Sayang, Cinta, Rindu jangan kata lah kan? Siapa tak rasa macam tu baik tak payah bercinta. Hari hari rindu, setiap masa. Adakalanya aku rasa macam bie, baby janji jadi yang terbaik dalam hidup bie. Baby janji. Adakalanya juga aku sentiasa kata, kalau bukan kerana awak, saya takkan disini. Saya takkan di tempat yang sama.

Hmm.

Apa nak cerita? Tetiba rasa macam kelu.

Sayang,

Hanya hati yang tahu betapa sayang kat bie. Adakalanya sayang diam dalam kereta sebab cakap sensorang dengan diri sendiri. ' Mampu ke aku tanpa dia? ' 'Mampu ke aku ingkar perkara yang dia tak suka?' No bie, Sayang tak mampu tanpa bie. Sayang tak mampu buat apa-apa tanpa bie.

Sejauh mana sayang pergi kita tetap ada kenangan kita, kita ada cerita cinta kita. Selagi masih bernafas, selagi itu sayang akan buat yang terbaik untuk bie. Selagi sayang mampu buat, selagi itu sayang usaha yang terbaik.

Sayang terasa sayang tengah berlumba lari untuk mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan, sebenarnya sayang tengah berusaha untuk menjadi seorang gadis yang bie mahukan.

Sayang berusaha untuk menjadi nombor satu dalam hati bie. Sayang berusaha untuk menjadi paling cantik di depan mata bie. Paling sempurna dalam hidup bie.

Bie selalu kata sayang dah sempurna dalam hidup bie.

Sebenarnya, saya rasa sayang belum sempurna. Sayang kena ada education yang bie mahukan. Bie mahu sayang capai Master. Sayang akan cuba demi bie. Kalau diizinkan Allah, sayang mahu hadiahkan bie selempang pink. Sayang mahu kita shoot sama sama sekeluarga atas kejayaan sayang. Aamiin.

Menjadi seorang perempuan yang kuat bukan mudah. Menjadi seorang yang berfikiran positif juga bukan mudah. Untuk menjadi yang terbaik, sentiasa kena kuatkan hati dan berfikiran positif.

Sayang bie sangat sangat, Sayang cintakan bie lebih dari yang bie tahu. Hati sayang cuma milik bie seorang.

No comments:

Post a Comment