Friday, July 11, 2014

Terlalu

12/7/14

Pagi ni 1.59am hati rasa sayu. Baru lepas layan cerita 99 kali rindu. Dari awal sampai habis cerita menitis airmata. Cerita yang menusuk kalbu dengan kata kata yang menyentuh hati.

Hati rindu dekat dia. Rindu sangat.

Ya Allah, sesungguhnya dugaan-Mu buat aku sungguh berat dari 2011. Tapi aku tempoh kerana aku yakin bahawa aku tidak akan diuji lebih dari kemampuanku. Aku sememangnya tidak kuat untuk menempoh ujian-Mu. Aku yang terlalu rindukan dia, terlalu sayangkan dia.

Kekuatan dari mana kah Ya Allah akan aku kuat untuk hadapi kehidupan Mu ini jika bukan dia yang menguatkan aku untuk terus hidup. Saat itu, hanya Kamu yang lebih mengetahui bahawa bersama dia membawa 1001 kebahagian. Senyuman yang diukir.

Dia rasakan rindu aku macam mana aku rindukan dia. Dia rasakan kasih sayang sayang aku terhadap dia seperti mana aku rasa cinta dia. Tidak kurangkan cinta dia terhadap aku kerana cinta aku untuk dia tidak ada sikit pun kurang.

Hari demi hari, aku tunggu perkataan yang membawa 1001 erti bagi aku. Bie sayang baby, I love you. Setiap hari aku tunggu. Tidak ada jemu sepanjang 2 tahun aku bercinta. Tidak terlintas dalam hati ini untuk mencari yang lebih sempurna kerana terlalu banyak pengorbanannya untuk aku.

Aku disini kerana dia. Dia yang usaha untuk aku.

Aku tak sekuat orang lain, Aku mungkin tak sempurna, tidak mempunyai wajah yang cantik, badan yang menarik tapi aku ada hati untuk seorang insan yang bernama cinta.

Hari demi hari aku cuba untuk menjadi yang sempurna. Setiap masa aku doa supaya permudahkan jodohku Ya Allah, sesungguhnya dia adalah kekuatan dalam kehidupan aku. Seseorang yang memberi kata kata semangat. Jauhkan dari hubungan kami daripada bosan Ya Allah.

Aku yang selalu rindukannya. Aku yang terlalu rindukannya.

Dalam hati ini tiada yang lain. Tiada yang lebih istimewa. Tiada yang lebih sempurna. Aku cuba menjadi yang terbaik untuknya setiap hari.

Aku tahan airmata, untuk tidak mengalirkan airmata.

Syukur,
Aku ada seorang lelaki yang sentiasa ada,
Aku mungkin bukan yang sempurna tapi
Aku adalah insan yang setia terus menunggumu.
Aku insan yang berpegang pada janji.

Jadikan aku yang sempurna buatnya.

No comments:

Post a Comment