Sunday, July 8, 2012

Bermonolog

08 July 2012

Hari yang ke 17 dan lagi 42 hari lagi kita akan berjumpa .


Bermonolog dalaman di kamar sambil peluk bajumu serta tatap gambar didalam bingkai gambar . Tuhan menduga kita disaat kita berjauhan . Allah menduga kita bertapa lama dan tahan nya hati kita setia pada insan yang kita sayang . Aku akan setia dengan kau hingga ke akhirnya jika kau perlukan aku hingga ke akhirnya . Aku tak pernah sayang orang lain macam mana aku sayang kau . Aku pasrah dengan segala ujian yang Allah beri pada hubungan kita ini . Kau mempunyai paras rupa yang boleh menarik minat ramai orang dan aku tahu mesti ramai yang sukakan dirimu tapi aku yakin dengan kamu bahawa kau takkan kecewakan aku . Ketika aku bermonolog dalaman seorang diri , aku tidak sedar airmata ini mengalir . Bermonolog dalaman tatkala hati ini memerlukan dirimu disisi . Dah cukup ayat baku diatas . Sayang rindu bie . Terlalu rindukan bie . Sayang setia tunggu bie , sayang jujur atas segala aktiviti yang sayang lakukan . Ya Allah , dapat jumpa bie sesaat dari jauh pun jadi lah . Sayang rindu bie . Allah uji kita bie , kita kena sama-sama hadapi ujian ini , kita sama-sama belajar susah dahulu selepas itu INSYAALLAH senang tu hadir . I always with you when you need me . Sayang sentiasa ada dengan bie , percayalah . Sayang takkan buat bie kecewa dan sayang akan sentiasa ada dengan bie untuk membahagiakan bie dan tidak akan ada rasa kesepian dalam diri bie . Faizal bin Mamat , Izzati Nadzirah binti Jasmi sayangkan awak seadanya dan sayangkan awak dari hati . Dia sayang awak sebab dia tahu betapa sakitnya bila hati dipermainkan dan dikecewakan sebab tu dia nak jaga hati awak sebaik-baik yang mungkin. Semoga jodoh ini hingga ke akhirnya . AMIN AMIN AMIN :)


Dirimu yang pernah hadir membawa kebahagiaan dalam hidupku ini . Dulu hatiku sepi penuh dengan trauma hidup tapi kau hadir membawa satu sinar harapan untuk aku terus melangkah kehadapan . Terima kasih cinta hatiku Faizal

1 comment:

  1. jgn pernah kau berjanji setia jika kau x bersedia untuk mnunaiknnya...ku pernah merasa...percayakn jnji setia...sgt sakit bila tdk ditepati jnji itu..seksa umpama dipatuk ular plg berbisa..sakit seperti ditimpa batu yg sgt berat...tunaikn jika dirimu terlnjur berjanji...atau tarik kata-kata itu....

    ReplyDelete